TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 41)
Di tahun 2000, saya telah dilantik sebagai ahli Majlis Shariah AAOIFI. Mungkin benihnya telah disemai sejak 1998 di pertemuan sosial dengan beberapa tokoh ulamak AAOIFI.
Bila hadir saja mesyuarat pertama di Bahrain, Almarhum Dr Abdul Sattar abu Ghuddah bertanya kepada saya.
"Boleh tak Dr. tulis sebuah paper tentang pelanggaran hak intelektual dan gantiruginya bagi dibentangkan di seminar tahunan Dallah al-Barakah di bulan Ramadhan di Mekah?"
Saya tergamam. Saya lebih berat nak menolak. Pertama tajuk ini berat. Jarang dikaji & ditulis. Kedua, dalam bahasa Arab. Ketiga, kena bentang depan para ulamak. Tapi saya juga terfikir, "Bila aku tolak cabaran ini, mungkin tidak ada lagi tawaran kedua." Ini memang cara fikir saya. Takut & gerun tapi kena buat juga.
Saya & isteri bersedia ke Mekah. Anak2 ditinggalkan di rumah saudara. Kami sampai di tengah malam. Memang meletihkan. Di pagi besok, berehat sepanjang waktu pagi. Inilah kali pertama isteri saya melakukan ibadah umrah. Pengalaman yang unik untuk kami sekeluarga.
Di waktu malam, selepas solat Tarawih, majlis ilmu seminar tahunan akan bermula. Perut memulas-mulas. Timbul soalan "nak pergi ke atau tidak?"
Kaki berat melangkah. Bila nampak wajah para ulamak lebih senior & veteran, peluh mencucuri tubuh badan. Senyum pun tak manis.
Saya ditegur Dr Izz al-Din al-Khoja, seorang ulamak dari Tunisia yang bekerja sebagai penyelidik di Dallah al-Barakah (sekarang CEO Bank Zaitunah di Tunisia). Waktu sampai di hotel semalam, dia yang menyambut saya dengan penuh kemuliaan. Malam ni, dia juga menyambut saya dengan senyuman manis.
Dia juga memperkenalkan saya kepada hampir semua ahli2 Syariah terkemuka. Mungkin beliau dapat baca air muka saya. (Bila saya menziarahinya di pejabatnya sebagai CEO di Tunis sekitar 2012/2013 saya menzahirkan rasa penghargaan saya).
Buat pertama kali saya bertemu & berbicara dengan Sheikh Yusuf al-Qardhawi. Mesra & mudah didekati. Banyak juga joke ilmiah yang dikongsi waktu rehat minum kopi. Selalunya seminar bermula jam 10pm sampai 3 pagi untuk sahur. Waktu beliau ditawarkan minuman air orange, "ini daripada Israel ke?" tanya beliau.
#terbangbersamamdb
MDB